29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Benarkan Anwar berkhidmat hingga habis penggal – Abang Johari

    Shopee Sale

    Premier Sarawak Abang Johari Openg sekali lagi menyeru agar Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menghabiskan tempoh lima tahun sebagai perdana menteri.

    Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata terdapat pihak tertentu yang sibuk bercakap di media mengenai usaha menggantikan Anwar.

    "Mengapa (adakah) perlu menggantikannya (Anwar) sedangkan tempohnya belum tamat lagi?" katanya dipetik sebagai berkata oleh NST hari ini.

    “Jika orang tidak berpuas hati dengan kita (kerajaan perpaduan), maka (mereka harus) menunggu pilihan raya umum.

    “Tetapi pada masa ini, jangan (paksa tukar),” tambahnya.

    Dia berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak untuk menggantikan Anwar sebagai perdana menteri.

    MENARIK:  ULASAN | Keperluan mendesak meritokrasi pelantikan kerajaan

    Premier Sarawak itu bagaimanapun tidak menamakan sesiapa.

    Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendedahkan bahawa parti itu masih mempunyai cita-cita untuk membentuk kerajaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

    Terdapat spekulasi bahawa PAS menggunakan perhimpunan solidariti untuk bekas presiden Umno, Najib Razak, sebagai usaha untuk menarik sokongan Umno.

    Bagaimanapun Umno mengumumkan tidak akan menghadiri perhimpunan itu selepas Istana Negara meminta semua pihak menghormati perlembagaan dan undang-undang berhubung sebarang permohonan banduan untuk mendapatkan pengampunan atau meringankan hukuman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah