33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Belum ada keperluan tubuh suruhanjaya perkhidmatan SPRM – menteri

    Shopee Sale

    Putrajaya berpendapat tiada keperluan mendesak untuk menubuhkan suruhanjaya perkhidmatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan komposisi semasa agensi pencegah rasuah itu.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, memaklumkan bahawa keperluan menubuhkan suruhanjaya tersebut sedang dalam proses "penelitian semula."

    "Cadangan penubuhan suruhanjaya perkhidmatan SPRM secara berasingan ini memerlukan kesediaan dan keupayaan penuh SPRM yang mana akan memberi impak besar terhadap struktur dan pentadbiran SPRM secara keseluruhan.

    "Penubuhan suruhanjaya ini mengambil kira keperluan atau keputusan dasar kerajaan dari semasa ke semasa memandangkan belum ada keperluan yang mendesak berdasarkan keanggotaan sedia ada,” katanya pada jawapan bertulis di Parlimen.

    Azalina berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar (Umno), Shahar Abdullah yang meminta kerajaan memberikan perkembangan terkini berhubung penubuhan suruhanjaya perkhidmatan SPRM.

    MENARIK:  Rayuan Rosmah kes solar didengar 23, 24 Okt

    Pada Mac lalu, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ezri Abdul Wahab menggesa penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti-Rasuah (ACSC) sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab melantik dan memantau ketua pesuruhjaya serta pegawai SPRM.

    Ezri menegaskan langkah itu dapat memastikan pelantikan kepimpinan dibuat berdasarkan merit dan bebas daripada pengaruh luar.

    Katanya, ACSC juga wajar diberi kuasa untuk menyingkirkan ketua pesuruhjaya sekiranya berlaku salah laku atau ketidakupayaan menjalankan tugas, dengan tempoh lantikan tetap lima tahun bagi mengelakkan pemecatan sewenang-wenangnya.

    Bulan lalu, Azalina berkata cadangan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang melibatkan wakil kerajaan dan pembangkang bagi menilai calon ketua pesuruhjaya SPRM memerlukan penelitian mendalam.

    Menurutnya, cadangan itu memerlukan perbincangan dan penyelarasan dengan pelbagai pihak berkepentingan, dengan mengambil kira kesesuaian serta impaknya secara keseluruhan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah