Kumpulan vokal popular Indonesia, The Lima kini kembali dengan single terbaharu berjudul Rasa.
Artikel Berkaitan: 5 Artis Yang Berjaya Tebus Semula Zaman Kegemilangan Menerusi Program Realiti
Single baharu

Pelancaran single baharu ini sekali gus menandakan bermulanya era baharu dalam perjalanan seni kumpulan ini.
Bukan itu sahaja, Rasa juga merupakan sebuah hadiah istimewa The Lima buat para peminat yang sentiasa memberikan sokongan, selain sudah lama menanti karya baharu daripada mereka.
Mengangkat tema percintaan, Rasa berkisarkan kisah mengenai dua insan yang bertemu melalui media sosial.
Hubungan yang bermula dengan perbualan biasa akhirnya berkembang menjadi ikatan emosi yang mendalam. Lagu ini membawa mesej bahawa kasih sayang mampu bertaut tanpa batasan ruang dan waktu.
Sementara itu, The Lima juga berharap agar karya tersebut dapat memperluaskan lagi pengaruh mereka di Indonesia serta memperkenalkan semula identiti muzik kumpulan ini kepada pendengar baharu.
Rasa bukan sekadar menandakan kemunculan semula sebuah kumpulan yang pernah mencipta fenomena, malah membuktikan bahawa muzik berkualiti akan terus kekal relevan.
Sebelum ini The Lima membuat kemunculan semua menerusi program realiti nyanyian Gegar Vaganza 11 pada tahun 2024 selepas berehat selama 14 tahun.
Untuk info, Rasa merupakan karya terbitan Chevy Amry Production dan Sony Music Malaysia telah dilancarkan pada 31 Julai lalu di semua platform penstriman digital.
The post The Lima Muncul Dengan Single ‘Rasa’, Ubati Kerinduan Peminat first appeared on OHBULAN!.





