33.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan SPRM

    Shopee Sale

    Bekas menteri hal ehwal agama Islam, Jamil Khir Baharom ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.

    Majistret Ezrene Zakariah pada prosiding mahkamah di Putrajaya membenarkan permohonan reman selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad.

    Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Jamil mengesahkan disiasat mengikut Seksyen 16A Akta SPRM 2009, iaitu peruntukan sama seperti yang dinyatakan agensi antirasuah itu semalam.

    "Dia ditahan untuk bagi kerjasama dan dia sentiasa bagi kerjasama.

    "Dari (siasatan) tahun 2018 sampai sekarang Datuk Seri Jamil memang sentiasa bagi kerjasana, tak pernah tak bagi kerjasama," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah.

    Ketika ditanya sama ada Jamil menyampaikan sebarang pesanan selepas prosiding reman itu, Hamidi menjawab: “Tiada.”

    Terdahulu, Jamil dilaporkan tiba di kompleks mahkamah pada jam 10.25 pagi dengan memakai pakaian lokap jingga SPRM.

    MENARIK:  'Peruntukan pembangkang: Biar PH rasa di Negeri Sembilan'

    Semalam, SPRM berkata ia menahan seorang bekas menteri berhubung siasatan susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

    Penahanan itu menjadikan Jamil bekas pegawai paling kanan yang ditahan setakat ini dalam siasatan yang semakin meluas berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan dana jemaah haji tersebut.

    Menurut hantaran SPRM di media sosial, bekas menteri itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang berhubung kes membabitkan penyewaan hotel di Arab Saudi.

    RCI meneliti perjanjian pajakan jangka panjang Tabung Haji bagi empat hotel di Makkah dan Madinah antara 2015 hingga 2017, membabitkan bayaran pendahuluan kira-kira 1.43 bilion riyal Saudi.

    RCI mengetengahkan kelemahan dalam usaha wajar dan kawalan risiko, manakala bayaran sewa kemudiannya tertunggak sehingga mendorong Tabung Haji mengambil tindakan undang-undang di Arab Saudi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah