32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas PAT akan didakwa di mahkamah KL hari ini

    Shopee Sale

    Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Mohd Nizam Jaffar akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan hari ini, antaranya membabitkan tuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah.

    Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Mohd Nizam, 59, akan disebut di hadapan hakim Rosli Ahmad pada jam 9 pagi.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu memaklumkan, Mohd Nizam akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

    Ia susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), satu pertuduhan pecah amanah di bawah seksyen 409 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  ULASAN | Ar-Rahnu dan denyut nadi rakyat biasa

    Khamis lalu media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam, selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah