28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas KSU bebas tuduhan bersubahat terima rasuah

    Shopee Sale

    Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membebaskan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLB), Mohd Arif Ab Rahman daripada tuduhan bersubahat menerima rasuah.

    Keputusan itu sekali gus mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun, serta denda RM3 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

    Mohd Arif sebelum ini didakwa bersubahat dalam kes rasuah membabitkan SG$200,000 (RM614,000) berkaitan projek bekalan elektrik luar bandar di Sandakan, Sabah pada 2016.

    MENARIK:  Imigresen Johor tumpaskan sindiket 'pasport terbang'

    Bagaimanapun, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Vazeer Alam Mydin Meera mengekalkan sabitan terhadap anaknya, Ahmad Zukhairi, 43, atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah SG$200,000 secara tunai pada tahun yang sama.

    Mahkamah dijadualkan mendengar hujah mitigasi daripada pasukan pembelaan Ahmad Zukhairi sebelum hukuman dijatuhkan.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah