32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wawa Zainal Kongsi Kisah Lucu Anak Di Sekolah – ‘Bila Cikgu Tanya Ayah Kerja Apa, Dia Jawab Selalu Main PS & Tengok Ikan’

    Shopee Sale

    Pelakon Wawa Zainal berkongsi kisah lucu di antara anaknya dan seorang guru di sekolah kanak-kanak tersebut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Dedah Pernah Diejek – ‘Setiap Kali Lalu Tandas Mereka Akan Kata, Si Jelek Datang!’

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif

    Kejadian lucu 

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, berkongsi perbualan di antara dirinya dengan guru berkenaan.

    Menurut Wawa, anaknya tidak mengetahui apakah pekerjaan sebenar suaminya yang juga aktor, Aeril Zafrel.

    Hari itu semasa ambil kad laporan anak saya cikgu dia cakap, ‘maaf ya puan sebelum ini tak tahu siapa ibu bapa anak awak.’

    Bila cikgu tanya ayah dia kerja apa, anak saya jawab, ‘ayah saya tak kerja dia dekat rumah selalu main Play Station (PS) dan tengok ikan. 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati membaca perkongsian Wawa mengenai anaknya itu. 

    MENARIK:  ‘Saya Terima Tawaran Watak Bernilai Di Sisi Allah’ – Abby Abadi

    Sekadar info, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2013. 

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

    Sumber: Threads 

    The post Wawa Zainal Kongsi Kisah Lucu Anak Di Sekolah – ‘Bila Cikgu Tanya Ayah Kerja Apa, Dia Jawab Selalu Main PS & Tengok Ikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah