Bakal mencipta satu lagi detik bersejarah, legenda tanah air Datuk Aishah mengumumkan bakal mengadakan konsert solo berskala besar iaitu “Aishah 40 Chapters of Love”.
Artikel Berkaitan: Aishah Hadiahkan Peminat ‘Taman Keabadian’, Ubat Kerinduan & Luka Hati
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aishah Buat Konsert ‘Free’, Hiburkan Pemandu Sangkut ‘Traffic Jammed’ Depan Rumah
“Aishah 40 Chapters of Love”
View this post on Instagram
Konsert “Aishah 40 Chapters of Love”, dijadualkan akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta melalui muzik, konsert ini bakal membawa para peminat menyelusuri setiap “bab” dalam karier gemilang Aishah.
Bukan sekadar hiburan, tetapi ia adalah sebuah kisah yang pernah hidup dalam jiwa para peminat Aishah sepanjang 40 tahun perjalanannya sebagai anak seni.
Antara lagu yang pasti dinanti-nantikan peminat termasuk “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Kemaafan Dendam Yang Terindah”, dan pelbagai lagi karya malar segar yang telah menjadi “soundtrack” kehidupan ramai rakyat Malaysia.
Sementara itu, Aishah yang giat menjalani persiapan konsert berkata, dia berasa sangat teruja untuk membawakan persembahan penuh bertenaga pada malam konsert nanti.
Konsert ini adalah hadiah saya buat semua peminat setia yang telah bersama saya selama ini. Saya tidak sabar untuk kembali ke pentas dan berkongsi momen istimewa bersama anda semua.
Saya harap setiap lagu yang dipersembahkan nanti akan mengimbau kenangan dan menyentuh hati, menjadikan malam itu satu kenangan yang tidak akan dilupakan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang menyifatkan konsert ini sebagai sebuah penghormatan kepada legasi seni seorang ikon negara.
Datuk Aishah adalah nama yang membentuk sejarah muzik Malaysia. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu pengalaman yang akan menyentuh emosi penonton dari awal hingga akhir.
Kami mahu peminat merasai setiap detik, setiap lagu dan setiap kenangan yang dibawa ke pentas.
Maklumat pembelian tiket

Tiket bagi konsert “Aishah 40 Chapters of Love” akan mula dijual pada 17 April 2026, jam 3.00 petang melalui laman web http://www.ticket2u.com.my/Aishah40.
Kategori tiket:
- RM788 – VVIP
- RM488 – VIP
- RM488 – Janji Manismu
- RM388 – Sensation
- RM288 – Paradise
- RM238 – Kasih Kita
- RM198 – Pulanglah
- RM168 – Taman Keabadian
The post ‘Janji Manismu’ Ditunaikan, Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters of Love’ Bakal Temui Peminat Julai Ini first appeared on OHBULAN!.





