31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekalan makanan cukup hingga hujung tahun – Mat Sabu

    Shopee Sale

    Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi jaminan bekalan makanan negara, termasuk beras, mencukupi sehingga hujung tahun ini dan meminta rakyat tidak bimbang mengenai isu keterjaminan makanan.

    Timbalan Pengerusi PH itu berkata kerajaan sentiasa memantau isu berkenaan tanpa mengira negeri atau perbezaan politik.

    “Hal keterjaminan makanan kita tak kira negeri, tak kira warna. Biru ke, Hijau ke, yang rajin kita sokong. Yang malas Oren pun aku tak sokong.

    “Ini sikap kita untuk menjamin keterjaminan makanan pada masa depan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan di Johor Bahru hari ini.

    Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kerajaan juga mengambil pendekatan telus dengan berkongsi maklumat mengenai keadaan ekonomi kepada rakyat secara berkala.

    MENARIK:  ULASAN | Menteri agama kontra Madani?

    Menurut Presiden Amanah itu, perkara itu termasuk perkembangan harga minyak dan keadaan kewangan negara yang dimaklumkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara setiap minggu.

    “Maknanya kita tak menyembunyikan sesuatu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bharu, hari ini.

    Dia juga turut berkata stok beras sedia ada dijangka mencukupi sehingga penghujung tahun ini.

    “Bila kita mengatakan beras kita cukup insya-Allah hingga akhir tahun… ertinya stok yang ada ini hingga hujung tahun ini cukup.

    “Rakyat jangan bimbang,” katanya yang menegaskan bekalan beras juga mencukup ketika pilihan raya negeri Johor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah