34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Barang milik Nidza tak hilang, henti sebar spekulasi – KP S'gor

    Shopee Sale

    Polis menafikan berlaku kehilangan dokumen atau barang milik Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar seperti yang ditularkan di media sosial.

    Ketua Polis (KP) Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga Muhammad Nidza Afham berhubung perkara berkenaan.

    Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak betul serta tidak dipastikan kesahihannya.

    "Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

    Sebelum ini, mayat penyanyi dan pempengaruh berusia 23 tahun itu yang ditemukan di Sungai Klang menimbulkan spekulasi bahawa terdapat unsur jenayah menimpa Allahyarham.

    Dalam hal itu, keluarga Allahyarham Muhammad Nidza Afham dilaporkan meminta orang ramai termasuk media menjaga sensitiviti dan perasaan mereka semasa mengulas kejadian itu.

    MENARIK:  Strategi tingkat kehadiran polis di sekolah dalam masa terdekat - Saifuddin

    Semalam, KP Selangor mengesahkan bahawa hasil awal bezah siasat dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza Afham mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dengan siasatan diteruskan sebagai mati mengejut (SDR).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah