34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Strategi tingkat kehadiran polis di sekolah dalam masa terdekat – Saifuddin

    Shopee Sale

    Strategi baharu polis untuk meningkatkan keberadaan mereka di sekolah akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Beliau berkata tindakan itu diambil selepas Kabinet mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tampil lebih kerap di kawasan sekolah dalam usaha kerajaan mengekang aktiviti jenayah dalam kalangan remaja.

    “Kami perlu tingkatkan rondaan ini yang bersifat omni-presence, maknanya, keberadaan pasukan polis di sesebuah sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025 di Alor Gajah hari ini.

    Beliau berkata selain keberadaan secara omni-presence itu, polis juga diminta tampil dengan program lebih kreatif bagi meningkatkan kesedaran murid dan pelajar mengenai aktiviti jenayah.

    MENARIK:  Bekas ketua pengarah DBP, Firdaus Abdullah meninggal dunia

    “Maksudnya, polis mesti menyusul dengan (antaranya) kekerapan jadual lawatan, kena ada penglibatan yang lebih langsung dengan pihak sekolah… ia bebeza dengan melawat dan singgah sahaja.

    “Dia (polis) kena lebih kreatif tampil dengan pelbagai sesi penglibatan, lawatan yang lebih kerap, pemeriksaan lebih teratur, kemudiannya khidmat nasihat kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

    Semalam, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata KDN menerusi PDRM akan meningkatkan rondaan serta kehadiran anggota polis di kawasan sekolah sebagai langkah menyokong dasar keselamatan digital pelajar yang diperkenalkan kerajaan.

    Beliau dipetik berkata langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan bersepadu merangkumi aspek pendidikan, pencegahan, dan penguatkuasaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah