28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa tiri dipenjara 30 tahun, 18 sebatan rogol anak tiri 13 tahun

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dihukum penjara 30 tahun dengan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Pasir Mas hari ini kerana merogol anak perempuan tirinya yang berusia 13 tahun.

    Hakim Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas enam pertuduhan.

    Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi setiap dua pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 6 April 2026.

    Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya itu di sebuah rumah di Tanah Merah, antara 12 tengah malam sehingga 4 pagi, pada 31 Mac, 12 Nov dan 5 Dis 2025.

    MENARIK:  Saman 1MDB: Irwan gagal masukkan enam individu sebagai pihak ketiga

    Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama di lokasi serupa pada 1 pagi 27, 28 dan 30 Mac 2026.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dan berat kepada tertuduh kerana kesalahan itu meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah