Penyanyi Atilia Haron mengakui bukan mudah buat anak seni untuk terus dikenali jika hanya menjadi diri sendiri di dalam dunia hiburan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atilia Haron Dedah Peminat ‘Sponsor’ RM20K Untuk Konsert – ‘Mereka Beli Tujuh Tiket & Bagi Duit’
Artikel Berkaitan: Atilia Haron Jelaskan Isu Threads, Hubungan Dengan Penyanyi Terkait Kekal Baik – ‘Ia Tidak Merujuk Kepada Sesiapa’
Buat drama demi raih populariti

Ketika ditemui , Atilia atau nama penuhnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, mengakui seseorang anak seni adakalanya perlu menjadi ‘propa’ untuk dikenali dalam industri hiburan.
Dalam pada itu, Atilia menyifatkan masyarakat hari ini lebih cenderung menilai seseorang anak seni berdasarkan apa yang dipaparkan kepada umum.
Kalau nak cepat diminati dan diterima, awak kena propa dan berlakon menjadi ‘seseorang’.
Kerana kita punya masyarakat terlalu mengadili kita dengan apa yang mereka tengok. Tapi diri kita yang sebenar mereka tak tahu.
Atilia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Atilia Haron In Concert yang berlangsung di Campus Ampang, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Atilia menegaskan dia tidak menggalakkan mana-mana anak seni menggunakan cara itu untuk meraih populariti dalam industri hiburan.
Tambahnya, keikhlasan dalam menjadi diri sendiri adalah lebih baik berbanding mencipta imej semata-mata untuk dikenali umum.
Beberapa artis yang nak cepat naik, mereka perlu berkelakuan begitu.
Tapi nasihat saya, jangan.
Jadilah diri sendiri. Insya-Allah kita boleh terima antara satu sama lain.
The post Atilia Haron Tak Saran Anak Seni Cetus Drama Demi Populariti – ‘Sukar Untuk Diterima Kalau Jadi Diri Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





