29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bangkai gajah ditemukan di Lahad Datu

    Shopee Sale

    Bangkai seekor gajah ditemukan reput berhampiran sungai di perumahan ladang kelapa sawit di Jalan Silam di Lahad Datu pada 3.15 petang semalam.

    Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu Hairulnizam Hasnan ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penemuan tersebut.

    "Pihak kami menerima aduan daripada pihak ladang menyatakan terdapat bangkai gajah yang telah reput berhampiran sungai.

    MENARIK:  Hanya 0.13 peratus penjawat awam tak pilih SSPA

    "Setelah tiba di lokasi kami mendapati gajah tersebut telah reput teruk dan tidak dapat dilakukan post mortem.

    “Kita mengesyaki haiwan tersebut mati di tempat lain dan dihanyutkan arus sungai berikutan hujan lebat,” katanya.

    Hairulnizam berkata punca kematian gajah tersebut sukar diketahui dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) mengambil tindakan untuk menanam bangkai gajah itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah