28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menantu Hadi ditahan, didakwa berkaitan isu Kg Sg Baru

    Shopee Sale

    Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad ditahan awal pagi ini.

    Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar mendakwa penahanan itu adalah atas alasan Zaharudin membela penduduk Kampung Sungai Baru membantah pengusiran, tetapi tidak jelas sebab sebenar sehingga menyebabkan penahanannya pada 1.30 pagi.

    Sukri berkata penahanan Zaharuddin - yang juga menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang - bermotifkan politik, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    "Menangkap seorang pendakwah pada tengah malam kerana membela rakyat adalah satu bentuk intimidasi yang tidak boleh diterima,” katanya.

    Malaysiakini sedang menghubungi polis untuk maklumat lanjut berhubung penahanan itu.

    Zaharudin mengkritik kerajaan berhubung pengusiran 15 isi rumah di Kampung Sungai Baru bagi memberi laluan kepada pembangunan semula.

    MENARIK:  16 lagi maut, Israel terus serang Lubnan, tak peduli gencatan AS-Iran

    Khamis lalu - ketika pengusiran sedang dijalankan - dia telah menyiarkan video yang mengatakan pengambilan tanah itu tidak berbeza dengan apa yang berlaku di Gaza.

    Sebelum itu pada 4 Sept, Zaharudin mendakwa banyak video TikToknya telah dialih keluar kerana mempertahankan Kampung Sungai Baru.

    Perbincangan antara pemaju dan penduduk Kampung Sungai Baru mengenai pembangunan semula bermula pada 2016, dengan kerajaan kemudiannya memainkan perananan dalam merundingkan pembayaran pampasan.

    Pengambilalihan di bawah Akta Pengambilan Tanah telah diwartakan pada Jun 2021 ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah