29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bunga Nasihat Ibu Bapa Jangan Bertengkar Depan Anak – ‘Traumanya Tengok, Akan Ingat Sampai Besar’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Bunga mengakui berasa trauma melihat situasi ibu bapa bertengkar di hadapan anak kecil kerana percaya seperti itu mampu meninggalkan kesan emosi yang berpanjangan kepada kanak-kanak.

    Artikel Berkaitan: Stabilkan Hormon, Bunga Isme Amal Rutin Baharu – ‘Tak Tidur Selepas Subuh, Dapatkan Matahari Pagi’

    Jangan gaduh depan anak

    Menerusi satu komen yang ditinggalkan di Threads, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari, 26, menasihatkan ibu bapa supaya tidak menjadikan anak sebagai saksi kepada pergaduhan mereka.

    Traumanya tengok benda ini. Boleh tak jangan gaduh depan anak? Boleh tak kalau nak gaduh itu pergi masuk mana-mana gelanggang ke? Tolong gaduh jauh dari anak. Sebab anak tak pilih siapa mak ayah dia.

    Tambah pelantun lagu Intan Payung itu, tanggapan bahawa anak kecil tidak memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka adalah satu anggapan yang silap.

    Selalu orang kata anak kecil lagi, bukannya dia faham. Salah, anak kecil inilah yang akan ingat semua benda ini sampai mereka besar. Jangan ingat anak kecil ini akan lupa.

    Luahan tersebut dibuat selepas tular satu rakaman video yang memaparkan sepasang suami isteri bertengkar di dalam sebuah kereta, manakala anak mereka hanya mampu menyaksikan pertelingkahan itu dari tempat duduk belakang.

    MENARIK:  Bapa Nurin Jazlin Perjelas Kenapa Tolak Pelawaan Abang Crime Ke Podcast

    Perkongsian Bunga itu mendapat sokongan ramai yang bersetuju bahawa pergaduhan di hadapan anak boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosi dan psikologi mereka.

    Sumber: Threads

    The post Bunga Nasihat Ibu Bapa Jangan Bertengkar Depan Anak – ‘Traumanya Tengok, Akan Ingat Sampai Besar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah