Penyanyi Mawi, mengimbas kembali momen ketika berada di puncak populariti dan menjadi tumpuan umum walau ke mana sahaja dia berada.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mawi Dedah Diekori Wanita Misteri Hingga Ke Rumah – ‘Dia Mengaku Isteri, Katanya Kami Sudah Lama Nikah Di Alam Ghaib’
Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar ‘Raja SMS’, Ini 9 Fakta Mawi Yang Pernah Cetus Fenomena ‘Mawi World’
Peminat luar biasa
Menerusi audio siar Kita-Kita Aje, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 44, berkata bapanya merupakan seorang yang sangat menghargai kehadiran peminat.
Ayah tetap akan layan (peminat) walaupun dia sudah tak tidur dua tiga hari.
Yang lain sudah penat dan saya minta dia tutup pintu untuk rehat sekejap tapi katanya, ‘jangan, orang datang kena layan.’ Sampailah dia pengsan dekat masjid.
Ketika itu saya pertama kali balik kampung (selepas Akademi Fantasia).
Menurut Mawi, keadaan ketika itu sudah tidak terkawal apabila terlalu ramai peminat yang hadir sehingga bapanya jatuh pengsan.
Mereka bawa saya ke padang awam tapi semasa itu sudah nak masuk waktu maghrib dan ketua kampung minta saya bawa semua orang pergi masjid untuk solat.
Semasa saya ajak mereka, yang berada di bawah semuanya melaungkan ‘Allahu Akbar!’.
Saya jadi panik dan waktu itulah bapa saya pengsan dalam masjid. Orang kejar saya dengan bapa saya.
Tambah pelantun lagu Kian ini, dia tidak dapat menunaikan solat dengan tenang berikutan peminat yang sentiasa mengekorinya.
Saya tak boleh nak solat, berkerumun orang dekat tempat imam.
Imam sampai suruh saya duduk dalam, kunci pintu dan buat solat jamak.
Orang dekat dalam masjid keluar, mereka pergi ke tingkap bilik yang saya duduk itu dan ketuk.
‘Buka tingkap, aku dah undi kau! Jangan sombong, jangan berlagak.’
Untuk info, fenomena ‘Mawi World’ meledak apabila juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga tersebut menjadi perhatian ramai sekitar tahun 2005.
Mawi meneruskan lagi kegemilangannya dalam industri seni tanah air apabila merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.
Sumber: TikTok Kita-Kita Aje
The post [VIDEO] Mawi Imbas Kembali Bapa Pengsan Ketika Dikerumun Peminat – ‘Mereka Kata, Buka Tingkap Aku Dah Undi Kau!’ first appeared on OHBULAN!.



Khamis | 30 Julai 2026
8.00 malam #KitaKitaAjePodcast #Mawi #PodcastMalaysia

