33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Badan Peguam lega, imbas komen Wan Farid dalam kes Najib

    Shopee Sale

    Badan Peguam Malaysia menyatakan kelegaan atas pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai ketua hakim negara, sambil memetik kenyataannya sebelum ini yang menekankan kepentingan keyakinan awam terhadap kehakiman.

    Presiden Badan Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab mendoakan kejayaan Wan Ahmad dalam memimpin kehakiman dengan "cemerlang, berani dan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap keadilan".

    Mengimbau keputusan Wan Ahmad menarik diri daripada kes melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak, Ezri memetik kenyataan hakim itu bahawa "persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman tidak boleh dipertikai”.

    Ezri menambah Wan Ahmad juga mengingatkan semua bahawa "kehakiman bebas adalah anugerah berharga untuk mana-mana masyarakat. Sekiranya ia hilang, anarki akan berleluasa".

    "Kenyataan ini menunjukkan kefahaman mendalam tentang perananan suci kehakiman dalam menegakkan kedaulatan undang-undang," tambah Ezri.

    Ezri turut mengucapkan tahniah kepada Abu Bakar Jais atas pelantikan sebagai presiden Mahkamah Rayuan dan Azizah Nawawi sebagai ketua hakim Sabah dan Sarawak, sambil menyatakan harapan agar kepimpinan kehakiman itu itu mengekalkan piawaian tertinggi kebebasan, integriti dan perkhidmatan.

    MENARIK:  Trump umum tarif 25 peratus ke atas kereta diimport ke AS

    Ezri juga berkata walaupun pelantikan itu amat dialu-alukan setelah berbulan-bulan ketidakpastian, jangkaan dan spekulasi yang boleh dielakkan, banyak kekosongan kritikal– semasa dan yang dijangkakan–masih belum diisi di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

    "Kami tetap berharap kekosongan ini akan diisi segera dan secara telus, dengan cara yang mengukuhkan keyakinan awam terhadap Kehakiman dan memperkukuh pentadbiran keadilan," tambahnya.

    Empat hari lalu, Badan Peguam menganjurkan demonstrasi dihadiri ratusan peguam di Putrajaya bagi mempertahankan kebebasan badan kehakiman.

    Terdahulu berlaku kebocoran laporan polis melibatkan pertanyaan Malaysiakini kepada seorang hakim kanan–yang ketika itu dipertimbangkan untuk jawatan kehakiman tertinggi–berkenaan dakwaan campur tangan, semasa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

    Minit mesyuarat JAC yang didakwa itu kemudiannya juga bocor di atas talian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah