Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri menarik perhatian apabila menghasilkan kandungan tentang unspoken rule dalam perkahwinannya bersama suami, Danial Iskandar.
Artikel Berkaitan: Erissa Puteri Tak Anggap Adik Ipar ‘Overshadow’, Minta Netizen Henti Kecam – ‘Saya Tahu Dia Akan Pakai’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Erissa Puteri Galak Menari
Unspoken rule dalam rumah tangga
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Errisa Puteri Hashim, 23, berkongsi antara unspoken rule dalam kehidupan perkahwinan Gen Z mereka ialah dia yang akan mengemas pakaian untuk dirinya dan suami setiap kali mereka bercuti atau melancong bersama.
Dalam pada itu, Erissa turut memaklumkan bahawa dia juga yang mengambil alih tugas memandu kerana Danial hanya mampu memandu sekitar sejam sebelum ingin berehat dan tidur.
Danial turut berseloroh bahawa isterinya juga akan menghabiskan makanan sekiranya makanan yang dihidangkan tidak habis dimakan.
Setiap kali ada makanan yang tidak habis, Erissa akan menghabiskannya kerana dia DBKL.
Selain itu, Danial turut berkongsi dia perlu memastikan pintu almari ditutup setiap kali selepas dibuka kerana jika tidak, Erissa akan menegurnya.
Komen netizen


Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan Danial kerana dilihat tidak membantu dalam perkahwinan.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen seakan-akan tidak percaya, namun enggan membuat sebarang kesimpulan terhadap video berdurasi kurang daripada tiga minit itu.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Muat Naik Konten ‘Unspoken Rule’ Dalam Rumah Tangga, Netizen Kurang Senang Erissa Puteri Banyak ‘Contribute’ first appeared on OHBULAN!.






