33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azmin yakin tak mustahil PN rampas kerusi Mahkota

    Shopee Sale

    PRK DUN MAHKOTA | PN mungkin dilihat sebagai underdog dalam PRK ini namun itu tidak bermakna gabungan berkenaan tidak boleh memenangi kerusi tersebut, kata pengarah pilihan raya kecil itu Azmin Ali.

    Pada masa sama bekas menteri besar Selangor itu mengakui situasi semasa yang menyaksikan peratusan pengundi bukan Melayu yang lebih tinggi - merangkumi lebih separuh daripada penduduk setempat - menjadi cabaran utama buat PN.

    Katanya, PN menyedari DUN Mahkota adalah kerusi yang sukar dan mereka menyertai PRK berkenaan sebagai underdog.

    "Tetapi sudah tentu, jika kita meletakkan pasukan yang kuat untuk bekerja di lapangan, mendekati pengundi, memahami keperluan dan aspirasi mereka, dan menyusun strategi, kemenangan boleh dicapai," katanya kepada Malaysiakini selepas berceramah malam tadi.

    Tambah Azmin Bersatu Kluang, khususnya sayap wanita dan pemuda, mempunyai struktur yang baik untuk memberikan cabaran menawan kerusi DUN itu daripada BN.

    Katanya jentera gabungan PN juga mula turun padang untuk mendekati seramai mungkin pengundi walaupun kempen secara rasmi bermula.

    Untuk menghadapi PRK tidak lama lagi, katanya, PN mewujudkan pasukan untuk pergi dari rumah ke rumah di setiap 18 daerah mengundi dan mengambil pendekatan tersebut kerana saiz geografi Mahkota yang kecil.

    MENARIK:  ‘Orang minta maaf takkan nak kata aku tak terima’

    Menurut portal Kawasanku Jabatan Perangkaan, Mahkota mempunyai keluasan 60km persegi.

    Kira-kira 35 peratus pengundi Mahkota adalah Cina, 54 peratus Melayu, dan lapan peratus India.

    Azmin turut melahirkan rasa terima kasih atas sokongan daripada rakan gabungan dalam PN iaitu PAS dan Gerakan, serta ahli bukan Melayu yang dianggap penting kerana 45 peratus daripada pengundi adalah bukan Melayu.

    “Jadi kami telah membahagikan tugas untuk membolehkan jentera PN untuk mendekati ramai (pengundi),” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah