26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Orang minta maaf takkan nak kata aku tak terima’

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempersoalkan kewajaran dirinya menerima permohonan maaf daripada Najib Razak berhubung “kecurangan” ke atas dana 1MDB ketika pentadbirannya.

    Katanya, ungkapan penerimaan maaf daripada bekas perdana menteri itu adalah atas dasar menunjukkan contoh pimpinan yang baik, khususnya dalam situasi terdapat pihak lain mengemukakan permohonan secara baik.

    "Ada mek mek dua tiga orang ini umpamanya, bila saya sebut berhubung kes baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib buat kenyataan meminta maaf atas apa yang berlaku dalam 1MDB dan sebagainya.... dia marah, ...bebal tak tentu arah, terus nak marah.

    "Orang minta maaf pada kita, takkan hendak kata aku tak terima... ini apa peranangai, manusia apa ini? Saya perdana menteri, saya 'bapa' pada negara.... (bila) orang cakap macam itu (mohon maaf) saya nak buat apa? 

    “Saya kata kita terima baiklah,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online, hari ini.

    Jumaat lalu, Anwar ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat di Putrajaya, memaklumkan bahawa dia menerima baik permohonan maaf daripada Najib berhubung skandal 1MDB.

    "Terima baik, terima baik," katanya.

    Sehari sebelum itu, Najib, dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon maaf kerana skandal 1MDB berlaku semasa pentadbirannya, tetapi mepertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

    “Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

    “Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

    Bekas perdana menteri itu juga menyebut artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang mendedahkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

    Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan terlibat dalam prosiding undang-undang lain berkaitan 1MDB, mendakwa artikel tersebut merumuskan bahawa dia telah ditipu.

    “Rumusan daripada artikel The Edge menyatakan Petrosaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdaya saya. Saya tak sedar Petrosaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya langsung tidak mengetahui saya telah menerima wang daripada dana yang dihantar oleh 1MDB kepada Petrosaudi.

    MENARIK:  Muhyiddin: Ucapan di Nenggiri suatu fakta

    “Walaupun sukar untuk sesetengah pihak memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur percaya pada masa itu dana yang saya terima adalah sumbangan politik dari Arab Saudi,” katanya.

    Bagaimanapun artikel The Edge yang disebut Najib tidak menyatakan dia tidak bersalah sepenuhnya, seperti didakwa.

    Artikel itu ada menyatakan Najib tidak sedar penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB, tapi hanya sehingga 2010 saja berkaitan penyelewengan AS$1.5 bilion daripada bon yang diterbitkan pada 2009.

    Artikel itu tidak menyimpulkan jika Najib kekal tidak tahu tentang apa yang berlaku selepas itu.

    Spekulasi juga bertiup kencang bahawa keputusan kerajaan untuk merangka satu rang undang-undang adalah berkait rapat dengan Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun berkaitan kes SRC International.

    Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan pengampunan Najib seharusnya terserah kepada pihak Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong.

    "Soal mahkamah, mahkamahlah. Soal keputusan Lembaga Pengampunan, (maka) Yang di-Pertuan Agong lah. 

    “Namun sebagai orang yang mempunyai amanah, harus saya jawab dengan penuh tanggungjawab bila orang buat kenyataan baik maka kita sambut dengan baik.

    “Itu contoh pimpinan yang baik," katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian konvensyen PKR di Ipoh, semalam.

    Sebelum ini, penerimaan Anwar terhadap permohonan maaf Najib berhubung skandal 1MDB mendapat kritikan pelbagai pihak, dengan mengatakan bahawa Anwar tidak mempunyai kuasa untuk menerima permohonan maaf sedemikian.

    Sebagai respons, Anwar menyifatkan mereka yang mengkritiknya kerana menerima permohonan maaf Najib sebagai 'bebal' kerana hanya mencari alasan untuk marah.

    "Sebab itu saya ingatkan, sekarang saya bagi arahan kepada SPRM keseluruhannya, ada orang kata Anwar pilih, ....tak ada saya pilih.

    “Saya kata selamatkan negara ini. Cuba tanya kastam, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), polis, SPRM, dan semua badan penguat kuasa, ....arahan perdana menteri menyeluruh," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah