Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suami yang didakwa tidak mempedulikan perasaanya.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Berusaha Cari Duit Lebih & Potong Belanja Shopping’ – Isteri Terkilan Suami Rahsiakan Gaji Sebenar
Luahan isteri

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata, dia memilih untuk tidak menyediakan makanan kerana berasa penat dan telah memaklumkan kepada suaminya terlebih dahulu.
Namun, sebaik sahaja pulang, dia dimarahi suami kerana tidak menyediakan makanan dan melipat kain.
Situasi kemudian menjadi lebih tegang apabila suaminya dengan sengaja bertindak mematikan penghawa dingin.
Mujurlah dah bukak kipas untuk anak, jadi tak panaslah dia. Saya je kepanasan.
Siap solat, saya buka aircond semula. Tak lama, mati lagi. Saya keluar tanya, awak tutup aircond ke?
Dia kata, ‘Ya, nampak awak hidup selesa sangat.’
Saya senyap, saya buka kipas untuk anak je. Lepas anak tidur, saya keluar masak, dia masuk bilik buka aircond.
Dalam perkongsian sama, wanita yang sedang hamil 24 minggu itu mengakui dia memahami suaminya juga penat bekerja, namun masih menyimpan rasa terkilan kerana layanan yang diterimanya sejak kebelakangan ini.
Wanita itu turut mengimbas kembali situasi ketika suaminya memberikan respon yang dianggap tidak sensitif semasa dia mengadu lapar.
Dua minggu lepas saya lapar sangat, ada appointment, saya cakap saya lapar, tak jumpa kedai nak beli makanan.
Dia kata, ‘so awak nak saya buat apa?’
Ini bukan pergaduhan biasa kami, tapi bila dah terasa hati ni, malas. Malas nak kisah.
Kalau awak nak saya keluar dari rumah ni, cakap je. Kalau awak nak tukang masak, kahwinlah dengan tukang masak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan keadaan wanita berkenaan serta berpendapat pasangan suami isteri seharusnya saling memahami dan bertolak ansur, lebih-lebih lagi ketika isteri sedang berbadan dua.
Sumber: Threads
The post Isteri Hamil Terkilan Dengan Layanan Suami, Tak Peduli Lapar & Sengaja Tutup ‘Aircond’ – ‘Nampak Awak Hidup Selesa Sangat’ first appeared on OHBULAN!.





