Seorang pengguna media sosial meminta pandangan netizen sama ada wajar untuknya menghalalkan hutang berjumlah RM16,000 yang dipinjam oleh rakannya yang telah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Tak Ambil Pusing Hantaran Individu Didakwa Mahu Tuntut Hutang – ‘Yang Penting Dia Tak Sebut Nama Saya’
Penghutang dah meninggal

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa wang berkenaan dipinjam oleh rakannya pada tahun 1994 sebagai persiapan untuk mendirikan rumah tangga.
Menurutnya, selepas rakannya berkahwin, hubungan mereka semakin renggang dan hutang tersebut tidak pernah dijelaskan meskipun dia beberapa kali menuntutnya secara baik.
Kawan aku pernah pinjam RM16,000 masa dia nak kahwin pada tahun 1994. Lepas kahwin hubungan kami makin renggang dan dia tak pernah berniat nak bayar hutang itu walaupun aku minta secara baik.
Tapi dia buat umrah, haji dan melancong sana sini. Aku baru dapat tahu dia dah meninggal dunia sebelum puasa lalu.
Patutkah aku halalkan sahaja? Sebab aku yakin, kalau dia sendiri tak berniat nak bayar, anak-anak sudah pasti ikut perangainya.
Tambah individu itu lagi, rakannya pernah berjanji untuk melangsaikan hutang selepas membuat pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun janji tersebut tidak pernah ditunaikan.
Tahun 2023, dia dapat keluarkan duit KWSP Akaun 2. Jumlahnya agak besar sebab dia bekerja lebih 30 tahun. Dia ada minta nombor akaun aku kononnya nak buat pindahan wang, tetapi sampai sudah tak masuk.
Beberapa kali juga dia buat macam itu. Bila dapat duit, fikiran berubah. Pergi makan angin sana sini, hutang tetap tak bayar. Itu pun aku tak pernah cerita kepada kawan-kawan lain sebab nak jaga air muka dia.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata berpendapat hutang tetap perlu diselesaikan walaupun peminjam telah meninggal dunia dan mencadangkan agar individu berkenaan menghubungi waris arwah bagi memaklumkan perkara tersebut.
Sumber: Threads
The post Kawan Meninggal Dunia Sebelum Langsai Hutang RM16K… Individu Bingung Patut Halalkan Atau Tidak – ‘Dia Melancong Sana Sini’ first appeared on OHBULAN!.





