27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis buru suspek curi kabel telekomunikasi di Batu Uban

    Shopee Sale

    Polis giat mengesan suspek disyaki terlibat kejadian mencuri kabel telekomunikasi di Jalan Batu Uban di George Town, yang tular di media sosial hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang juruteknik Telekom Malaysia (TM) berusia 41 tahun pada 10.50 pagi tadi.

    “Pengadu memaklumkan melihat satu video tular berdurasi satu minit 24 saat yang memaparkan kejadian mencuri kabel di tepi jalan Jalan Batu Uban 1, Gelugor.

    “Pengadu telah melakukan pemeriksaan dan mendapati kabel telekomunikasi milik TM dianggarkan sepanjang 70 meter bernilai RM17,000 dipotong dan dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  'Ahli politik senyap isu video Adun bincang rasuah sebab takut tembak kaki sendiri'

    Lee berkata suspek dipercayai menggunakan kenderaan Mazda 6 Hatchback berwarna gelap.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerusi talian 04-228 2222 atau 04-218 1881.

    Menerusi rakaman video tular itu, sebuah kereta berwarna gelap dikejar beberapa penunggang motosikal selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah