34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marina imbas ‘diludah ke muka’, nafi takut kerusi majoriti Melayu

    Shopee Sale

    Adun Skudai daripada DAP yang bakal berundur, Marina Ibrahim menolak dakwaan bahawa dia takut untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, sambil mengimbas kembali satu insiden yang dia pernah diludah.

    “Takkan sampai aku nak cerita lagi macam mana aku dengan seorang kawan perempuan Cina aku masuk berdua sahaja berjalan di Felda masa kempen edar risalah jumpa orang kampung.

    “Aku seorang perempuan Melayu yang pernah berkempen dan diludah ke muka oleh seorang pakcik. Kau rasa aku kisah ke? (tentang bertanding di kawasan majoriti Melayu)?" katanya, sambil menambah bahawa walaupun dia keberatan untuk mengulas lanjut mengenai politik, namun dia merasa terpaksa bertindak balas terhadap apa yang digambarkannya sebagai naratif palsu yang sedang disebarkan.

    Marina berkata pada 2021, dia pernah membuat kerja di Layang-Layang, tempat dirinya pada mulanya dijangka bertanding.

    Katanya, sebagai seorang budak segar yang tiada pengalaman, mentah dalam politik, dia dihantar ke kawasan majoriti Melayu menentang Menteri Besar Johor Onn Hafiz, yang ketika itu adalah ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi pelancongan, belia dan sukan.

    “Aku hanya diletakan di Skudai last minit,” jelasnya.

    Marina juga berkta, bahawa pada pilihan raya umum 2022, DAP meletakkan calon di Mersing, sebuah kawasan parlimen yang penduduknya 76 peratus Melayu.

    “Pertama kali bertanding, tapi tak hilang deposit. Masa tu aku pengurus kempen di sana.

    “Kalau betul nak kembangkan parti di kawasan Melayu, dah lama selepas dari itu diletakan penyelaras. Akar umbi di sana suarakan isu ini berkali. Dan sekarang mana penyelarasnya untuk kembangkan kerusi?” soalnya.

    Marina berkata keputusannya untuk berundur diri tidak ada kaitan dengan dakwaan bahawa dia merajuk atau takut akan cabaran, yang disifatkannya sebagai mengarut.

    MENARIK:  Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan

    “Kalau korang (kamu) perhatikan setiap tulisan aku. Kenapa dari dulu aku cakap sukarelawan aku adalah tulang belakang?

    “Mereka lain bangsa, lain agama..tapi kenapa aku sangat hormati mereka bila nak ambil keputusan ini? Sebab mereka tahu sebab keputusan aku dan mereka berada dengan aku dalam semua keadaan,” tambahnya.

    Dalam pilihan raya negeri Johor 2022, Marina bertanding di kerusi Skudai dan memperoleh kemenangan dengan meraih 26,359 undi. Dia mengalahkan Lim Soon Hai daripada BN yang memperoleh 12,416 undi, dan Khoo Keng Ek yang mewakili Perikatan Nasional yang mendapat 6,258 undi.

    Pada 31 Mei, dia mengumumkan keputusannya untuk berundur daripada politik dan mengesahkan dia tidak akan mempertahankan kerusi Skudai pada pilihan raya akan datang.

    Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching kemudian mendedahkan bahawa parti itu berhasrat untuk menghantar Marina ke kawasan parlimen Tiram dan juga mempertimbangkan untuk mencalonkannya bagi menerajui sebuah badan berkanun, tanpa mengira keputusan pilihan raya negeri.

    Marina juga tidak mengesahkan kesahihan surat bertarikh 30 Mei yang didakwa ditujukan kepada Teo. Dokumen itu dikatakan mengandungi penolakannya terhadap cadangan DAP supaya dia bertanding di Tiram sebaliknya, serta cadangan berasingan supaya dia dilantik menganggotai badan berkanun sekiranya dia kalah dalam pilihan raya nanti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah