Penyanyi Andi Bernadee tampil berkongsi tentang penyakit yang dihadapinya sehingga menjejaskan aktiviti seharian serta kerjaya.
Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Mahu Naikkan Berat Badan, Hilang 20 Kg Sejak Sembilan Bulan Lalu – ‘Sekarang Saya 46 Kg’
Andi alami hipertiriod

Ketika ditemui , Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, menjelaskan bahawa kira-kira setahun dia mengalami penyakit autoimun hipertiroid.
Penyakit saya ini adalah autoimun hipertiroid, di mana hormon badan saya berlebihan. Apabila berlebihan ia akan serang organ-organ yang lain.
Saya punya gigi bernanah, tiga bulan tak henti. Berdiri tak payah cakaplah semput, bawa kereta tak boleh nak tekan pedal minyak sebab kita menggigil. Tengah tidur menjerit sebab kekejangan.
Bagaimanapun Andi berkata, dirinya kini semakin pulih dan sedang dalam proses untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Dari tahun lalu, selepas keluar hospital saya kena makan 15 biji ubat sehari. Tapi sekarang Alhamdulillah saya baru balik hospital semalam dan hanya mula makan dua biji ubat sahaja sehari.
Sekarang berat badan saya sudah hampir 67 kg, masa sakit 46 kg ketika itu.
Saya hidup dengan penyakit ini sudah setahun sebenarnya. Cuma saya tetap menafikan tentang penyakit ini, saya buat sahaja kerja pergi ke set dan menyanyi juga.
Andi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra dengar album terbaharunya Ding Geding yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Imej selubung

Dalam pada itu, pelantun lagu Donde tersebut turut memaklumkan bahawa, imej berselubung yang ditonjolkan sebelum ini hanyalah bersifat sementara.
Tambah Andi, dia mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada karya-karya terbaharunya berbanding hanya memfokuskan kepada penampilannya.
Saya ada keluar rumah, tapi tak adalah berselubung sangat. Kalau keluar pun saya pakai topi dan pelitup muka, mungkin sebab itu ramai tak perasan.
Dalam bidang ini memang perlukan perhatian, tapi waktu itu teaser video sedang berjalan. Saya tak nak orang keliru.
Nanti orang kata ‘kejap nampak badan lain, dalam video lain pula’, siap tuduh saya buat macam-macam. Jadi saya elakkan benda itu.
The post [VIDEO] ‘Dulu Saya Kena Makan 15 Biji Ubat Sehari, Sekarang Hanya Dua’ – Andi Bernadee Makin Pulih, Beri Respon Imej Berselubung Dengan Kain Putih first appeared on OHBULAN!.





