31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    APHR gesa kerajaan Asean pertahankan kebebasan beragama

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mendesak agar kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara supaya mengambil langkah tegas untuk menangani isu mendesak dan kritikal yang menyelubungi Kebebasan Beragama atau Kepercayaan (FORB).

    Di sebalik kepelbagaian agama di rantau ini, APHR menekankan cabaran berterusan seperti undang-undang yang menindas, ucapan kebencian, dan diskriminasi terhadap minoriti, termasuk ke atas Rohingya di Myanmar, Kristian di Vietnam, dan Ahmadiyah di Indonesia dan Malaysia.

    “Undang-undang murtad kekal tertanam dalam sistem perundangan di beberapa negara Asia Tenggara, dan ia telah digunakan untuk menghukum kebebasan bersuara dan menyebabkan timbulnya sikap tidak bertoleransi dan ucapan kebencian, yang mencetuskan diskriminasi, penganiayaan, dan menjejaskan struktur masyarakat kita.

    “Mempolitikkan agama secara berterusan untuk kepentingan politik memperdalam perpecahan dan mengancam demokrasi kita, dan meninggalkan isu berterusan yang tidak dapat diselesaikan yang dihadapi oleh agama dan etnik minoriti,” kata APHR dalam satu kenyataan, hari ini.

    Kumpulan hak asasi itu menegaskan bahawa kerajaan mesti menangani cabaran ini untuk menjaga kebebasan individu, yang adalah penting demi mengekalkan keamanan dan perpaduan sosial.

    Mereka menegaskan bahawa FORB termaktub dalam perlembagaan negara-negara Asia Tenggara dan dilindungi di bawah Perkara 18 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Perkara 22 Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean.

    Bagi memenuhi kewajipan hak asasi manusia mereka dan melindungi FORB, APHR mencadangkan lima tindakan kritikal untuk kerajaan:

    • Mansuhkan undang-undang yang menindas dan diskriminasi di semua peringkat, yang mengancam hak kebebasan beragama atau kepercayaan.

    • Bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan jenayah kebencian berasaskan agama, diskriminasi dan keganasan terhadap kumpulan minoriti.

    • Memupuk budaya politik yang sihat dan menamatkan penyalahgunaan agama untuk tujuan politik, memastikan penyertaan politik yang sama rata untuk semua orang, tanpa mengira agama atau etnik.

    • Memperkukuh toleransi dan perpaduan sosial melalui pendidikan, dialog antara agama, celik budaya dan agama, serta dasar inklusif yang dibangunkan melalui proses penyertaan.

    • Melindungi hak semua individu untuk menganuti dan menyatakan kepercayaan mereka secara bebas dan aman, tanpa rasa takut terhadap penganiayaan atau diskriminasi.

    MENARIK:  Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order - Zahid

    Di samping itu, APHR juga mengisytiharkan komitmennya untuk menyokong mangsa keganasan dan diskriminasi berasaskan agama, menangani konflik agama sambil menggalakkan perdamaian, memastikan undang-undang sejajar dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, dan mencegah penyalahgunaan agama untuk kepentingan politik.

    Kumpulan itu menyatakan bahawa ahli parlimen akan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk melindungi FORB, dan memberi tumpuan terutamanya kepada kumpulan minoriti.

    Tambahan pula, mereka berdedikasi untuk memasukkan pelbagai perspektif agama dalam dialog negera, membina kapasiti, dan berkongsi amalan terbaik untuk meningkatkan kerja parlimen mereka.

    APHR juga menambah bahawa ia bertujuan untuk memastikan mekanisme hak asasi manusia negara memenuhi piawaian antarabangsa, telus, berakauntabiliti dan berkesan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah