33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tular Beg Tangan & RM30 Terselamat Dalam Kebakaran, Wanita Terharu Terima Bantuan Christy Ng – ‘Kita Tak Pernah Sangka..’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Christy Ng menyorot perhatian ramai apabila dia sudi menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa kebakaran rumah yang dikenali sebagai Ain.

    Artikel Berkaitan: Christy Ng Dedah Kisah Di Sebalik Nama Ikonik Jenama – ‘Bermula Dari Gelanggang Badminton…’ 

    MENARIK:  Fasha Sandha Tidak Ambil Peduli Dengan Adegan Atas Ranjang Yang Viral – ‘Setiap Drama Mempunyai Pesanan Yang Perlu Disampaikan’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pandang Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’

    Christy Ng hantar bantuan

    " data-video-id="7631923854037962005" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ainftryh

    Kadang rezeki tu datang bukan dari apa yang kita usaha je, tapi melalui orang lain yang Allah hantar tepat pada waktunya. Kita tak pernah sangka, satu pertemuan, satu pertolongan kecil, boleh jadi asbab rezeki yang besar. Betul lah, rezeki tak pernah salah alamat—cuma datang dalam cara yang kita tak jangka. Alhamdulillah terima kasih @Christy Ng 💛 @Christy Ng Shoes

    ♬ Salla Alayka Rahman – Maher Zain

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ain memuat naik video Christy Ng bersama barisan staf iaitu Bengap Brothers yang hadir ke kediamannya bagi menghulurkan bantuan.

    Antara yang menarik perhatian ramai adalah beberapa buah beg daripada jenama usahawan itu turut diberikan kepada Ain.

    Ain yang diuji dengan kehilangan harta benda sebelum ini mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Christy di atas keprihatinannya.

    Kadang-kadang rezeki itu datang bukan dari apa yang kita usaha sahaja, tapi melalui orang lain yang Allah hantar tepat pada waktunya.

    Kita tak pernah sangka, satu penemuan, satu pertolongan kecil boleh jadi asbab rezeki yang besar.

    Betullah, rezeki tak pernah salah alamat, cuma datang dalam cara yang tak dijangka.

    Alhamdulillah, terima kasih Christy Ng.

    Selain beg tangan, usahawan tersebut juga dilihat berbesar hati memberi bantuan berupa barangan kelengkapan rumah seperti bahan makanan, lampin bayi dan barangan elektrik.

    Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan rumah Ain hangus dijilat api namun yang beg jenama Christy Ng miliknya serta RM30 masih lagi terselamat.

    Video tersebut kemudian mendapat perhatian Christy yang menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa Ain sekeluarga.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Tular Beg Tangan & RM30 Terselamat Dalam Kebakaran, Wanita Terharu Terima Bantuan Christy Ng – ‘Kita Tak Pernah Sangka..’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah