Konflik di antara penyanyi Ameng Spring dan Liza Hanim akhirnya selesai apabila mereka memilih untuk menjernihkan kembali keadaan yang tegang sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Tumpang Populariti Saya, Dah Tiada Modal Lain’ – Ameng Cabar Liza Hanim Popularkan Anak
Artikel Berkaitan: Liza Hanim Terkilan Kejayaan Anak Jadi Juara Sekali Lagi Diperlekeh – ‘Jangan Tanya Siapa, Saya Masih Hormat Kepada Senior Itu’
Liza Hanim mohon maaf

Menerusi hantaran isteri kepada Ameng iaitu Sabariah Zakaria di Instagram miliknya, Liza dilihat telah membuat permohonan maaf melalui mesej di platform terebut.
Mengakui kekhilafannya, pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim, 43, itu turut menyatakan hasrat bertemu dengan Ameng, selain bersedia untuk menerima segala teguran.
Saya sekali lagi nak minta maaf, kesilapan saya yang terikut perasaan. Mak mak ini cepat emosi.
Saya sebagai adik, hormat abang, berharap sebenarnya kalau dapat jumpa abang dan minta maaf secara berdepan. Tapi tak apa saya faham abang marah.
Tak ada niat apa-apa selain dari naluri seorang mak yang melatah. Memang silap saya. Saya dengar semua yang abang cakap dan saya terima dengan rendah diri.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu juga turut memohon maaf kepada Sabariah.
Respon Ameng

Ameng atau nama lengkapnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, kemudian membalas mesej tersebut dengan menerima permohonan maaf itu serta mendoakan Liza dan keluarganya.
Saya tak marah tapi nasihat, jangan risau saya ini marah sekejap saja. Hiduplah seperti biasa. Semoga berjaya Liza dan keluarga.
Terdahulu, salah faham di antara mereka tercetus selepas tular video pesanan Ameng kepada anaknya, Azeva Natassha mengenai adat menang dan kalah dalam sesebuah pertandingan.
Liza kemudian memuat naik hantaran di media sosialnya dengan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa seorang penyanyi senior memperlekehkan kejuaraan anaknya dalam program Talk To My Manager musim pertama.
Tidak berdiam diri, Ameng dalam sebuah temu bual bersama media menyelar kenyataan Liza susulan dakwaan tersebut dilihat sekolah-olah ditujukan kepadanya.
Sumber: Instagram
The post ‘Kesilapan Saya Yang Terikut Perasaan’ – Liza Hanim Mohon Maaf, Ameng Pilih Berdamai first appeared on OHBULAN!.





