29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan, pelaburan

    Shopee Sale

    Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Perdana Menteri berkata aspek unik dalam hubungan Malaysia dan China itu perlu dipupuk seiring dengan kerjasama ekonomi.

    “Semasa perbincangan saya bersama Presiden Xi Jinping, kami bukan sahaja membincangkan hubungan ekonomi, perdagangan, dan pelaburan, tetapi juga keperluan membina persahabatan ini berdasarkan kepercayaan dan penghormatan bersama.

    “Seperti peribahasa Cina mengatakan ‘selepas merentasi gunung dan sungai, kita akan tiba ke sebuah kampung yang dikelilingi pohon willow dan bunga-bungaan’,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sambutan Tahun Baru Cina 2025 yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

    Anwar berkata penekanan China dalam mempromosikan penghormatan budaya adalah sejajar dengan prinsip keterangkuman Malaysia, yang memastikan setiap rakyat mempunyai tempat di Malaysia.

    Beliau berkata perayaan Tahun Baru Cina yang dikenali sebagai Spring Festival di China, merupakan bukti perpaduan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.

    “Perayaan ini menyatukan rakyat daripada semua golongan komuniti, budaya dan wilayah di seluruh Malaysia. Ia mencerminkan komitmen kita terhadap keharmonian dan penghargaan bersama.

    MENARIK:  'Jangan buat lawak' - Pemuda Umno Johor beri amaran pada Adun DAP

    “Secara bersama, kita telah melangkaui ketidakpastian untuk merangkul masa depan dengan kerjasama yang berkembang pesat dan matlamat yang dikongsi bersama,” kata beliau.

    Perdana Menteri turut menekankan inisiatif tempatan seperti persembahan kebudayaan, projection mapping dan pameran kaligrafi di Melaka dan Pulau Pinang, sebagai contoh bagaimana Malaysia meraikan kepelbagaian tradisi.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China Sun Yeli; dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah