29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Jangan buat lawak' – Pemuda Umno Johor beri amaran pada Adun DAP

    Shopee Sale

    Pemuda Umno Johor memberi amaran kepada Adun Stualang, Andrew Chen berhubung program kewarganegaraan anjurannya yang menimbulkan kecaman di media sosial.

    Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambrose menggesa program itu dibatalkan meskipun Chen mengumumkan program yang dijadualkan pada 30 Jun itu ditangguhkan.

    "Jangan cuba buat lawak... Kamu akan terkejut jika kamu cuba buat sesuatu yang lucu," kata Noor Azleen kepada pemberita di Johor petang ini.

    MENARIK:  Bekas pengerusi MIC negeri 'hijrah ke bulan' tanpa 'roket'

    Difahamkan kontroversi timbul berikutan tajuk awal program itu yang dinamakan sebagai “Program Permohonan Kewarganegaraan”.

    Bagaimanapun tajuk berkenaan dilihat telah ditukar kepada “Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan” di Faceboook Chen.

    Sementara itu, Noor Azleen mempersoalkan keperluan Adun DAP itu menganjurkan program sedemikian.

    Menurutnya, program seumpama itu sepatutnya dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah