28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pelik kalau Hassan lebih faham dari ayah Izzah’

    Shopee Sale

    Naib Presiden PKR Amirudin Shari menolak dakwaan tokoh veteran parti Hassan Abdul Karim bahawa keputusan Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden PKR mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati terhadap usaha Putrajaya membasmi rasuah.

    Menurutnya, kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang itu sekadar pandangan peribadi.

    “Saya ambil rujuk kenyataan perdana menteri, presiden parti yang juga ayah kepada Nurul Izzah. Kalau Hassan Karim lebih faham daripada ayah Nurul Izzah, saya agak pelik.

    “Beliau (Nurul Izzah) sendiri maklum akan terus bekerja untuk parti malah akan hadir kongres parti.

    “Jadi telahan Hassan itu saya rasa kurang tepat,” kata Amirudin kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

    Amirudin yang juga pengarah pilihan raya PKR menjelaskan Nurul Izzah tidak pernah menyuarakan rasa kurang senang terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah kepada kepimpinan parti, termasuk di dalam mesyuarat yang dihadirinya.

    Menteri Besar Selangor itu dipetik FMT menyifatkan “andaian” Hassan itu sebagai “tersasar”.

    Katanya, dakwaan berkenaan lebih tidak berasas memandangkan Hassan “tidak menghadiri” mesyuarat tersebut.

    Amirudin turut mempertahankan kenyataan terdahulu Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Nurul Izzah melepaskan jawatannya dalam parti.

    Semalam, Hassan mendakwa Nurul Izzah berasa “tidak selesa” dan “tidak bersetuju” dengan cara kerajaan menangani isu membasmi rasuah. Menurutnya, pandangan itu turut dikongsi ramai pihak lain.

    MENARIK:  Lelaki hilang lepas lori terhumban ke laut ditemukan lemas

    “Tapi sebagai anggota parti yang setia, seorang anak pejuang, pilihan dia berundur dahulu.

    “Kalau satu masa sampai pada waktunya, dia akan kembali, Insya-Allah,” katanya kepadaMingguan Malaysia.

    Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pada 6 Ogos lalu berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti menolak permohonan Nurul Izzah untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden, sebaliknya memberikannya cuti sementara.

    MPP PKR yang dipengerusikan Anwar itu turut memutuskan bahawa Naib Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas timbalan presiden sepanjang ketiadaan Nurul Izzah.

    Bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook selepas kenyataan Fahmi diedarkan, Nurul Izzah sekali lagi menegaskan hasratnya untuk melepaskan jawatan nombor dua parti.

    Pada hantaran itu, Nurul Izzah tidak menyebut dia sedang mengambil cuti malahan merujuk Saifuddin sebagai timbalan presiden parti, bukannya pengganti sementara.

    Anwar kemudian berkata dia meluluskan permohonan Nurul Izzah untuk mengambil cuti sementara daripada perananannya dalam parti kerana mempunyai “alasan yang kukuh” untuk berbuat demikian.

    Perdana menteri turut menegaskan bahawa Nurul Izzah kekal sebagai ahli parti yang aktif.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah