29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggota polis tertembak diri sendiri meninggal dunia

    Shopee Sale

    Anggota polis yang tercedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di George Town, petang Selasa, meninggal dunia petang tadi.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata koperal berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 5.12 petang ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Umum (GICU) Hospital Pulau Pinang.

    "Mendiang dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang, telah disahkan meninggal dunia. Sebelum ini, anggota berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat insiden tertembak diri sendiri pada Selasa," katanya menerusi hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang hari ini.

    MENARIK:  Aset ketenteraan baru bantu negara sedia pertahan kedaulatan - Khaled

    Beliau, isteri serta seluruh warga kerja PDRM Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian serta ketentuan ini, selain dipermudahkan segala urusan.

    Anggota polis yang bertugas di Cawangan Kem Komandan itu ditemukan parah di kepala dalam bilik pengawal IPK Pulau Pinang pada pukul 6.12 petang Selasa lalu, dipercayai akibat tertembak diri sendiri.

    Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada senjata yang digunakan anggota berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah