25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AMK Johor juga setuju tangguh PRN, bimbang mandat ‘tempang’

    Shopee Sale

    Pemuda PKR (AMK) Johor menyarankan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global yang melanda ketika ini.

    Ketua AMK Johor Faezuddin Puad berkata tiada keperluan mendesak untuk menyegerakan pilihan raya tersebut, selaras dengan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan hari ini.

    Faezuddin Puad

    Faezuddin berpendapat keutamaan harus diberikan kepada kebajikan rakyat yang sedang bergelut dengan pelbagai cabaran sara hidup.

    "Rakyat ketika ini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran termasuk ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga.

    "Tatkala dunia masih bergelut dengan situasi ini, kita seharusnya peka, prihatin dan sensitif terhadap keadaan semasa yang sedang ditanggung rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dilaporkan berkata bahawa dia akan membawa usul penangguhan PRN Johor dan PRN Melaka ke mesyuarat MKT Jumaat ini di Melaka susulan krisis di Asia Barat.

    Memetik laporan Berita Harian, Ahmad berpandangan tidak logik untuk melaksanakan pilihan raya dalam keadaan geopolitik tidak menentu dan kesusahan rakyat yang sedang dialami.

    Ahmad Maslan

    "Tak perlu mesyuarat besar pun untuk menyatakan itu dari segi logik politik. Apabila geopolitik payah, masalah harga barang begitu begini, tak akan kita nak buat pilihan raya ketika masalah ini berlaku.

    MENARIK:  Kira-kira 100 hadir bantah 'cukaiman' di Shah Alam

    "Jadi, saya ingin mengesyorkan apabila masalah selesai, baru kita boleh pilihan raya dengan tenang. Selagi keadaan tidak tenang, maka PRN Melaka dan Johor perlu difikirkan satu tarikh yang paling strategik," katanya.

    Dalam pada itu, Faezuddin menyuarakan kebimbangan bahawa kos sara hidup dan pergerakan yang tinggi mungkin menyebabkan ramai pengundi memilih untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

    Dia merujuk kepada PRN Johor 2022 yang hanya merekodkan 54.92 peratus keluar mengundi kerana diadakan ketika negara berdepan gelombang Covid-19.

    "Situasi ini berisiko melahirkan mandat yang tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor.

    "Kebimbangan ini berasas kerana PRN Johor 2022 yang diadakan ketika negara berdepan dengan gelombang Covid-19 hanya merekodkan 54.92 peratus sahaja rakyat yang keluar mengundi

    "Justeru, AMK Johor menegaskan bahawa buat masa sekarang, kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik semata-mata," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah