Kira-kira 100 hadir dalam Himpunan Turun Anwar hari ini di kawasan parkir belakang Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam sebagai bantahan terhadap kempimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Himpunan yang dianjurkan Sekretariat Himpunan Turun Anwar itu dibuat susulan pelbagai isu yang dikatakan kian menekan rakyat ketika ini.
Antara isu itu termasuklah peningkatan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan mulai 1 Julai.
Peserta himpunan yang hadir dilihat membawa sepanduk dan plakad bertulis “Turun Anwar”, “Rakyat Terbeban”, “Rakyat Susah, Cukaiman Selamba”, “Kami nak pemimpin, bukan cukaiman.”
Hadir sama Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Kamal Mohamad dan bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor.






