32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.

    MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor bermula esok hingga Ahad melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

    Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga Sabtu ini manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat hingga esok.

    Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di empat negeri hingga Ahad ini.

    Jabatan itu memaklumkan Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak hingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

    MENARIK:  GLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas 'telefon' tuhan hanya istilah

    Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

    Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) turut dikeluarkan MetMalaysia bagi kawasan perairan Sarawak dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmj dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku hingga Ahad ini.

    Keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

    MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Ahad dan keadaan itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah