26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliran trafik bergerak perlahan di Kuala Krai, Gua Musang

    Shopee Sale

    Aliran trafik membabitkan beberapa jalan Persekutuan di jajahan Kuala Krai dan Gua Musang mula bergerak perlahan setakat 9 malam ini, berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata anggota polis yang bertugas masih dapat mengawal peningkatan kenderaan itu dengan baik.

    "Simpang di Bukit Sireh agak perlahan memandangkan ada kenderaan yang keluar dari Kampung Kuala Nal ke jalan utama.

    "Kita jangka kenderaan semakin bertambah pada 6 Mac depan kerana sesi persekolahan mula dibuka pada keesokan harinya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo pula berkata aliran trafik di jajahan tersebut juga turut bergerak perlahan di beberapa kawasan akibat hujan serta pertambahan kenderaan.

    MENARIK:  SST dan kesihatan: Makanlah buah tempatan - pakar

    "Nasihat saya kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa ketika berada di atas jalan raya, sekiranya mengantuk atau berasa letih perlu ambil masa untuk berehat terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah