31.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khidmat Tok Abah tamat, Jkom Madani tukar bos kali keempat

    Shopee Sale

    Jabatan Komunikasi Komuniti (Jkom) dijangka sekali lagi bertukar kepimpinan apabila ketua pengarahnya, Ismail Yusop menamatkan perkhidmatan pada Jumaat lalu.

    Ismail individu ketiga menerajui agensi berkenaan sejak pentadbiran kerajaan Madani mengambil alih Putrajaya.

    Bekas ahli Dewan Negara daripada PKR yang dikenali dengan gelaran Tok Abah itu mengesahkan perkhidmatannya ditamatkan lebih awal kerana bakal menggalas tanggungjawab baru.

    “Ya betul, untuk makluman khidmat Tok Abah sebagai ketua pengarah Jkom terpaksa ditamatkan lebih awal bagi membolehkan dilantik ke jawatan baru.

    “Ada "tasking", tugasan baru untuk dilaksanakan. Insya-Allah, masih setia dan tetap kekal melaksanakan agenda kerajaan Madani,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, pagi ini.

    Sementara itu, sumber yang rapat dengan pimpinan PKR berkata Ismail dipercayai mengadakan perbincangan tertutup dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan penugasan barunya.

    “Kami dimaklumkan dia mengadakan perbincangan tertutup dengan PMX (Anwar).

    “Kemudian Jkom diberitahu dia mendapat arahan pindah tugas,” kata sumber yang enggan didedahkan identitinya.

    Pada Jumaat lalu, Ismail menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah di ibu pejabat Jkom di Putrajaya.

    MENARIK:  'Saya tidak dilahirkan Siti Hasmah'

    Walaupun pertemuan itu dilihat sebagai kunjungan biasa berdasarkan hantaran di Facebook, warga Jkom kemudiannya dikejutkan dengan amanat terakhir Ismail pada hari sama.

    Difahamkan, sesi amanat tersebut turut disampaikan kepada kakitangan menerusi platform Google Meet.

    Ismail dilantik sebagai ketua pengarah Jkom pada Januari tahun lalu bagi menggantikan Mohd Khairuddin Othman.

    Mohd Khairuddin, yang juga Setiausaha PKR Selangor, mula menerajui Jkom pada 1 Mac 2023 selepas menggantikan Mohammad Agus Yusof, penyandang pertama jawatan itu di bawah pentadbiran kerajaan Madani.

    Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi sumber memaklumkan seorang individu yang dianggap antara muka baru dalam PKR disebut-sebut sebagai calon untuk mengambil alih jawatan berkenaan.

    Menurut sumber itu, individu terbabit kini berkhidmat sebagai pegawai kepada seorang menteri kabinet.

    “Ketua Pengarah baru Jkom dijangka akan bersama dalam himpunan bulanan warga Kementerian Komunikasi yang akan dihadiri Perdana Menteri pada Isnin (esok),” kata sumber dalaman Jkom.

    Malaysiakini telah menghubungi individu berkenaan untuk mendapatkan pengesahan namun dia enggan mengulas lanjut.

    Sebaliknya hanya berkata: “Setakat ini belum ada hitam putih”.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah