Pempengaruh media sosial, Mek Yun dilabel bermentaliti ‘sampah’ susulan kenyataannya mengenai isu lelaki curang.
Artikel Berkaitan: ‘Mek Yun Selalu Doa Supaya Dapat Ibu Mentua Baik & Layan Macam Anak Sendiri’
Artikel Berkaitan: Mek Yun Nafi Rangkul Lengan Adrian Mr POV, Tegas Sentiasa Jaga Batas – ‘Korang Jangan Simply Guna AI’
Mentaliti sampah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Mek Yun atau nama lengkapnya Wee Yun Nee berpendapat wanita tidak diciptakan untuk sentiasa mengikut segala kehendak lelaki.
Tegas Mek Yun, perubahan fizikal seorang wanita bukan alasan mahupun tiket untuk lelaki mencari pengganti.
Dah banyak kali saya tengok, ada lelaki yang berfikiran macam ini.
Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke? Memang tugas perempuan semata-mata sentiasa jadi cantik untuk lelaki ke? Ikut saja kehendak lelaki 24 jam?
Kalau wanita itu dah berubah dah tak macam hari pertama, jadi itu adakah alasan untuk curang?
Awak sebagai lelaki patut jadi sebab dia kembali bersinar, bukannya pergi cari perempuan lain.
Dua sebab lelaki curang

Tambah Mek Yun, perbuatan curang mencerminkan sikap mementingkan diri sendiri dan ketidakmampuan seseorang lelaki mengawal nafsunya.
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 28 tahun tersebut sempat menitipkankan pesanan agar wanita tidak menyalahkan diri sendiri apabila menjadi mangsa kecurangan.
Lelaki yang curang ada dua sebab saja. Sama ada dia terlalu mementingkan diri atau terlalu lemah untuk mengawal nafsu sendiri.
Lelaki yang sebenar tak memerlukan alasan untuk setia. Peringatan juga pada wanita di luar sana, kalau suami anda curang jangan sesekali menyalahkan diri sendiri.
Curang itu bukan kesilapan, curang itu pilihan.
Sumber: Instagram @mekyunn
The post Mek Yun Tampil Bersuara Isu Curang, Dedah Dilabel Mentaliti Sampah – ‘Tugas Perempuan Memang Ikut Kehendak Lelaki 24 Jam Ke?’ first appeared on OHBULAN!.





