31.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaslinda stabil, masih jalani rawatan lanjut di Hospital Tapah

    Shopee Sale

    Tahap kesihatan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas 14 hari dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di Tapah semalam, dilaporkan stabil namun masih memerlukan rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Tapah.

    Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata wanita berkenaan juga telah menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan di Hospital Teluk Intan awal pagi tadi.

    “Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun masih memerlukan pemantauan rapi dan beberapa pemeriksaan lanjut bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  Mickey sudah mula lakukan senaman ringan

    Sehubungan dengan itu, beliau berkata tempoh rawatan ditentukan berdasarkan perkembangan keadaan kesihatan mangsa dari semasa ke semasa.

    Semalam, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh kira-kira 5 petang oleh seorang penduduk kampung.

    Wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah