28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Presiden kamu tiap minggu duduk sebelah SU Agung DAP, kata Loke

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyindir pihak tertentu dalam Umno yang enggan mengadakan kerjasama politik dengan DAP.

    Sedangkan, menurut Menteri Pengangkutan itu, Presiden Umno sendiri iaitu Ahmad Zahid Hamidi setiap minggu duduk bersebelahan dengannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

    “Anda tak nak duduk semeja dengan DAP... hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

    “Tapi, presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya… harap maklum… terima kasih,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

    Meskipun tidak menamakan sesiapa, Loke dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ketika majlis pelancaran jentera pilihan raya negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor Bharu, hari ini.

    Onn dalam ucapannya memberi jaminan bahawa BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya parti gabungan itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

    MENARIK:  PM: K'jaan komited pastikan pelaburan asing lancar

    Pengerusi BN Johor itu berkata jaminan tersebut dibuat selaras dengan pendirian seluruh 26 bahagian Umno Johor serta parti-parti komponen BN di negeri itu yang mahu bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Katanya, pendirian itu juga telah disampaikan kepada Presiden Umno, yang juga Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

    Onn Hafiz turut menegaskan dia lebih rela melepaskan jawatan menteri besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah