29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PPP berhasrat dapat bertanding dua kerusi di Johor, NS

    Shopee Sale

    Parti Progresif Penduduk (PPP) berhasrat untuk bertanding di dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata presidennya, J Loga Bala Mohan.

    Menurutnya perkara itu disampaikan kepada Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, dalam satu pertemuan semalam, namun dia menegaskan PPP akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh kepimpinan gabungan berkenaan.

    “Kami bagi menteri besar (Onn Hafiz) ruang untuk buat keputusan.

    :Kita ada persefahaman dengan mereka (BN) dan kita akan selesaikan secara konsensus, kami tidak akan membuat sebarang tuntutan (sekiranya tidak diberi kerusi),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PPP kali keenam, di Johor Bahru hari ini.

    Loga Bala Mohan yang akan mengetuai jentera PPP di Johor berkata parti itu akan membantu BN sepanjang kempen PRN berkenaan.

    MENARIK:  Sg Bakap: K'jaan ambil kira pandangan semua - Fahmi

    Dalam perkembangan berkaitan, dia berkata PPP turut berhasrat bertanding di dua kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan.

    Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih belum dibincangkan dengan kepimpinan BN Negeri Sembilan dan akan dirundingkan pada peringkat seterusnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah