28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yusry Tak Sangka Watak ‘Datuk Muzaffar’ Jadi Fenomena – ‘Ramai Pula Yang Suka Orang Tua’

    Shopee Sale

    Karakter ‘Datuk Muzaffar’ yang dijayakan menerusi drama Dendam Seorang Mentua ternyata telah menghangatkan kembali nama selebriti terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim, selepas mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Duit Simpanan, Berjimatlah, Sekarang Bukan Masa Untuk Berbelanja’ – Yusry 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Turut Sebak Lihat Yusry Sedih Tiada Rezeki Tunai Haji Tahun Ini – ‘Dia Plan Shooting Drama Supaya Tak Clash..’

    Watak Datuk Muzaffar

    Ketika ditmeui , Yusry, 53, berkata, pada awalnya dia sama sekali tidak menyangka akan menjadi teraju utama di dalam drama tersebut.

    Ketika mula menerima tawaran lakonan ini saya bertanya kepada mereka adakah ini watak seorang abang atau bapa? Yang mana saya sangkakan sesuai dengan umur 53 tahun.

    Tetapi mereka kata tidak, ini adalah watak utama. Saya kata, gila ke ‘orang tua’ jadi watak utama?

    Bercerita tentang penerimaan penonton, Yusry berkata, dia tidak pernah terfikir akan menjadi antara sorotan utama di media sosial.

    Saya terkejut sebab tidak sangka pula ramai suka dengan ‘orang tua’.

    Saya pun tidak faham tapi mungkin kerana mereka suka watak yang dibawa oleh Datuk Muzaffar iaitu seorang lelaki yang sangat penyayang.

    Saya senang sekali dapat membawa watak ini.

    Yusry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya Jiwa & Raga yang berlangsung di Convivencia Cafe, Bukit Tunku pada Jumaat.

    MENARIK:  ‘Azzam Sham Sempat Rakam Semula Lagu Nur Kasih Di Kediaman Yasin Seminggu Sebelum Dia Ditangkap’

    Pelakon senior

    Selain itu, Yusry melihat naskah tersebut sebagai satu potensi yang baik untuk dirinya menyinar di dalam dunia drama tempatan.

    Saya berbincang dengan isteri, orang selalu cakap artis lama tak diberikan peluang jadi apabila saya dapat tawaran tersebut, saya rasa saya perlu lakukannya.

    Watak ini menjadi akhirnya. Ini rezeki daripada Allah SWT, kita tak pernah rancang atau minta.

    Tambah pelantun lagu Dekat Padamu ini, dia mengakui penglibatannya dalam drama tersebut secara tidak langsung turut membuka peluang positif buat pelakon-pelakon senior lain untuk kembali menjadi bintang utama sesebuah karya.

    Pada saya ada ruang untuk pelakon-pelakon senior seperti saya untuk jadi watak utama. Kecomelan orang-orang berusia ini ada juga sebenarnya.

    Penonton juga ada yang bukan dari seusia kami, malah budak-budak pun layan.

    Kalau dulu kita selalu berkata, ‘kenapa Hollywood boleh, kita tak boleh?’ Tetapi akhirnya perkara ini menjadi terbuka di dalam industri kita, saya rasa penonton kita pun sudah matang.

    The post Yusry Tak Sangka Watak ‘Datuk Muzaffar’ Jadi Fenomena – ‘Ramai Pula Yang Suka Orang Tua’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah