24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alih keluar siaran PM: Meta mohon maaf atas 'kesilapan operasi'

    Shopee Sale

    Meta, syarikat pemilik Facebook memohon maaf atas penyingkiran siaran media sosial oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh.

    Ini selepas Pejabat Perdana Menteri menyampaikan bantahan terhadap wakil Meta semasa mesyuarat semalam.

    "Kami memohon maaf atas kesilapan operasi mengenai kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram perdana menteri telah dialih keluar dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul," kata jurucakap Meta kepada Reuters.

    Permohonan maaf itu salah satu daripada beberapa tuntutan PMO semasa bermesyuarat dengan wakil Meta semalam.

    Bagaimanapun, tuntutan lain PMO kepada Meta masih belum jelas lagi.

    MENARIK:  Nahas bas UPSI: Azalina cadang perkenal undang-undang seperti di UK

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah