28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis berarak ke parlimen, tuntut RCI ‘mafia korporat’

    Shopee Sale

    Sekumpulan aktivis hari ini berarak ke parlimen di ibu kota bagi menyerahkan memorandum menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ melibatkan SPRM.

    Kumpulan dinamakan Sekretariat #RCINOW, yang dahulunya dikenali sebagai sekretariat #TangkapAzamBaki, berarak dari Taman Tugu ke bangunan parlimen, kira-kira 1.5 kilometer dari situ.

    Pengarah Eksekutif Bersih Asraf Sharafi berkata rakyat mempunyai tanggungjawab untuk terus menentang rasuah dan memastikan institusi negara dipertanggungjawabkan.

    “Kita pada hari ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mengingatkan mereka yang berada di atas sana bahawa kita akan melawan rasuah demi negara,” katanya ketika berucap di hadapan pintu masuk parlimen.

    Bersih antara puluhan NGO yang mendukung RCINOW Sekretariat #RCINOW.

    Perarakan berlangsung dengan iringan paluan gendang dan sorakan peserta sebelum memorandum diserahkan kepada beberapa anggota parlimen pelbagai parti seperti Wong Chen (PKR-Subang), Zahir Hassan (PKR-Wangsa Maju), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Machang) dan Wilfred Madius Tangau (Upko-Tuaran).

    Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP, termasuk pengerusinya Gobind Singh Deo, menggesa supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan "mafia korporat", tuduhan yang dinafikan keras oleh SPRM dan disifatkan cuba menjejaskan kredibiliti mereka.

    Dakwaan komplot 'mafia korporat' dibuat oleh portal kewangan antarabangsa Bloomberg pada Februari lalu.

    Dakwaan memetik sumber itu mendakwa terdapat komplot antara sekumpulan ahli perniagaan dan pegawai kanan SPRM untuk mengambil alih syarikat dengan pembelian saham dengan harga murah.

    Azam bagaimanapun berkata dakwaan itu bersandarkan maklumat yang tidak sahih dan cuba mencemarkan kredibiliti badan antirasuah itu.

    MENARIK:  RUU Jenayah Siber baru dijangka dibentang di parlimen pada Okt

    ‘Jika masih pembangkang, Anwar pasti bersama kita’

    Selain itu, Sekretariat #RCINOW juga menggesa kerajaan mengehadkan kuasa Perdana Menteri dalam proses pemecatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan memperkukuh pengawasan terhadap suruhanjaya itu melalui perananan parlimen serta ombudsman.

    "Saya percaya, jika Anwar Ibrahim masih di bangku pembangkang, dia akan bersama dengan kita pada hari ini,” kata Wong Kukui, penyelaras Mandiri.

    Tambahnya, dia masih ingat lagi kata-kata Anwar yang ingin melawan dan menangkap “jerung-jerung besar”.

    "Inilah sebab kita menuntut RCI, untuk tangkap jerung-jerung besar yang berleluasa yang mencemarkan integriti negara kita," ucapnya.

    Sementara itu, Wong turut meminta kerajaan mendedahkan kepada orang ramai laporan siasatan berhubung dakwaan pemilikan saham Azam yang didakwa bernilai RM14 juta.

    Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Azam dan SPRM terpalit dengan beberapa kontroversi, termasuk isu pemilikan saham dan dakwaan mengenai rangkaian "mafia korporat". 

    Kedua-dua isu itu kemudiannya menjadi subjek siasatan kerajaan.

    Antara wakil rakyat yang menerima memorandum

    Kontrak Azam sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dilanjutkan sebanyak tiga kali sebelum dia menamatkan perkhidmatannya pada 12 Mei lalu.

    Sebelum ini, ramai lagi pihak, termasuk pemimpin kerajaan, turut menggesa supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan "mafia korporat", yang dinafikan keras oleh SPRM dengan menyifatkannya sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti agensi itu.

    Azam juga menafikan sebarang salah laku dalam kontroversi pemilikan saham tersebut dan menyaman Bloomberg berhubung pendedahannya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah