28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akta Hasutan tak dimansuh atau dipinda buat masa ini – KDN

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kementerian Dalam Negeri memaklumkan Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh mahupun dipinda buat masa ini.

    Menjawab soalan Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah menegaskan akta itu diperlukan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

    “Susulan kajian, kementerian telah membentangkan memorandum jemaah menteri bagi penetapan dasar berkaitan. 

    “Jemaah menteri secara dasar bersetuju agar Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memelihara keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam, termasuklah melindungi institusi raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta keharmonian antara negara.

    MENARIK:  Lebih 137,000 peminjam Tekun tak bayar hutang lebih RM1.1 bilion

    “Berhubung status terkini, Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan buat masa ini bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah