29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal jawab DAP – Malulah anak jantan kalau orang jual kita tidak beli

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda  Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh membidas rakan sejawatannya dari DAP, Dr  Kelvin Yii Lee Wuen berhubung cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

    Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal menasihatkan Yii supaya mengajar pemimpin DAP supaya beradab.

    “Semak semula siapa yang mulakan isu ini. Sila ajar pemimpin senior kamu untuk beradab. Sarang tebuan jangan dijolok. Hal Melayu Islam jangan nak menyibuk. 

    “Kalau tak mahu kami di sini biadap, jangan celupar, jangan mencabar!” katanya.

    Yii dalam satu kenyataan, hari ini menyelar Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

    Katanya, meskipun setiausaha publisiti DAP itu membantah cadangan Jakim untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol, pemimpin Umno itu boleh menentangnya dengan fakta dan hujah dan bukan panggilan nama.

    Teresa Kok

    Malah menurut Yii, kenyataan Akmal itu berbaur seksis dan misoginis (kebencian terhadap wanita) dan benar-benar biadab serta tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin belia di negara ini.

    Mengulas lanjut, Akmal berkata, mereka boleh bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja, dan malah akan membalas dengan berlipat ganda kebaikan dengan orang yang berbudi pekerti. 

    MENARIK:  Isu kematian dalam tahanan: Badan Peguam gesa inkues bebas teliti dakwaan Saifuddin

    “Tapi kalau kamu tiada pekerti dan hilang susila, mari kami tunjuk cara biadap dan kurang ajar yang sebenar

    “Malulah anak jantan kalau orang menjual kita tidak membeli,” katanya lagi.

    Semalam, menerusi satu hantaran video di Tik Tok, Akmal melabelkan ahli parlimen Seputeh itu sebagai 'nyonya tua',  dan berkata Kok tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

    “Kalau kamu tak tahu tentang agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok dan saya minta juga kepada kerajaan sediakan satu logo non (tak) halal, tampal dekat dahi nyonya tua ini,” kata Akmal.

    Tindakan itu dikatakan mencetuskan kemarahan sekutu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilihat mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak senada.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah