31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal cabar Pemuda DAP bubar parlimen

    Shopee Sale

    Gesaan Pemuda DAP supaya perdana menteri segera membubarkan parlimen sebagai hukuman terhadap BN dibalas dengan sindiran daripada Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

    Dia menegaskan Umno membuat keputusan untuk bergerak solo pada pilihan raya negeri Johor akan datang kerana kepimpinan parti mendengar cadangan Pemuda Umno.

    Sehubungan itu, dia mencabar sayap DAP berkenaan supaya membuktikan kesungguhan mereka.

    "Bukan setakat bubar Parlimen sahaja, malah tarik juga sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN hari ini.

    "Tarik sokongan di Perak. Tarik sokongan di Pahang.

    "Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat," kata Akmal melalui hantaran di Facebook.

    Semalam, Pemuda DAP pada satu kenyataan menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, supaya segera membubarkan Parlimen sekiranya BN Johor berhasrat bertanding secara solo pada pilihan raya negeri akan datang.

    MENARIK:  Masters Malaysia bagai inspirasi awal Tengku Zafrul

    BACA BERKAITAN:

    Bubar parlimen, DUN serentak jika Umno Johor gerak solo - Dapsy


    Mereka menyifatkan langkah BN Johor itu sebagai tindakan menikam dari belakang serta bersikap seperti "kacang lupakan kulit".

    Sebagai reaksi terhadap pandangan tersebut, Akmal membalas dengan mendakwa Umno sebenarnya membantu PH membentuk kerajaan persekutuan dan mewujudkan kestabilan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

    Menurutnya, sayap DAP itu tidak sepatutnya marah dengan rancangan Umno Johor untuk bergerak solo kerana BN tidak pernah mempunyai sebarang perjanjian yang mewajibkannya bekerjasama dengan Harapan dalam mana-mana pilihan raya.

    "Saya nak ingatkan sekali lagi pada kamu mungkin kamu terlupa bahawa kerajaan yang dibentuk hari ini adalah demi kestabilan negara atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika tiada gabungan mempunyai majoriti mudah (di Dewan Rakyat)," tegas Akmal lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah