27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong selamat tiba di tanah air lepas jalani rawatan di luar negara

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi ini, selepas menjalani rawatan di luar negara.

    Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

    Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai-pegawai Istana Negara.

    MENARIK:  Penjawat awam digalakkan pakai batik setiap hari

    “Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

    Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan pada 18 Feb memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan muskulosletal (otot dan tulang) di luar negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah