26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Apandi: Khairuddin beri keterangan pada SPRM esok

    Shopee Sale

    Khairuddin Abu Hassan akan memberikan keterangan kepada SPRM berkaitan dakwaan penglibatan bekas peguam negara Apandi Ali dalam skandal 1MDB di Putrajaya esok.

    Penyokong kuat bekas perdana menteri Mahathir Mohamad itu berkata dia telah membuat pengesahan kepada suruhanjaya itu untuk hadir pada 12 tengah hari.

    “Sekali lagi saya beriltizam untuk memerangi salah laku dan jenayah 'kolar putih' yang telah dilakukan oleh Tan Sri Apandi Ali secara habis-habisan,” katanya.

    Terdahulu, Khairuddin mempersoalkan kenapa Apandi tidak didakwa di mahkamah atas tuduhan 

    bersubahat dalam skandal 1MDB, ketika Najib Razak didapati bersalah dan dihukum penjara.

    Dia mengingatkan bahawa Apanpi ketika masih berkhidmat membuat beberapa kenyataan kononnya tiada sebarang kesalahan berlaku dalam isu 1MDB.

    Dalam kenyataan hari ini, Khairuddin mendedahkan dia juga membuat laporan polis kelmarin dan memberikan keterangan pada hari sama.

    Pada 2015, ketika Najib menjadi perdana menteri, Khairuddin membuat sejumlah laporan, termasuk di luar negara berhubung kerugian 1MDB.

    MENARIK:  Penyanyi dakwa penguat kuasa rakam gambarnya tanpa pakaian

    Bekas pemimpin Umno itu ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan diheret ke mahkamaha atas dakwaan melakukan sabotaj terhadap institusi kewangan.

    Namun, dua tahun selepas itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membatalkan pertuduhan jenayah terhadapnya.

    Khairuddin kemudian memfailkan saman berkaitan penahanannya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ganti rugi RM300,000 kepadanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah